CYBERJAYA: Tujuh empangan bekalan air dikenal pasti berisiko tinggi mendatangkan masalah sumber air kepada Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan sekitarnya sekiranya berlaku sebarang kegagalan fungsi empangan terbabit termasuk kerana faktor cuaca.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago dalam sidang media di sini hari ini berkata tujuh empangan itu ialah Pedu dan Muda di Kedah; Durian Tunggal, Asahan dan Jus di Melaka; Mengkuang di Pulau Pinang; dan Linggui di Johor.
Beliau berkata tujuh empangan itu diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dalam Laporan Pemantauan Paras Empangan Bekalan Air 2022 selepas konsep penilaian risiko dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu prestasi fizikal, rekod paras simpanan dan jumlah LRA di kawasan empangan berkenaan.
"Risikonya adalah terhadap isu pembekalan air, bukan empangan itu sendiri berbahaya. Ia boleh bahayakan pembekalan air sebab di sepanjang sungai yang berhubung dengan empangan itu, terdapat beberapa LRA yang mendapatkan sumber air dari empangan," katanya.
Bagi mengurangkan risiko yang dihadapi ketujuh-tujuh empangan terbabit, beliau berkata laporan berkenaan mencadangkan agar kerajaan negeri terlibat untuk membangunkan Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) sebagai kolam takungan dan simpanan air bagi tujuan bekalan air.
"Pembinaan empangan baharu dilihat kurang berkesan kerana memerlukan kawasan tadahan yang luas.
"Oleh itu, pendekatan pembangunan TAPS dilihat sebagai alternatif dalam membantu meningkatkan keupayaan sumber air. Selain sebagai kolam takungan, TAPS juga boleh berfungsi menjadi tebatan banjir," katanya.
Santiago berkata TAPS bekerja dengan cara air mentah akan diambil dari sungai berdekatan dan disalurkan ke kolam takungan serta menjalani proses prarawatan pemendapan.
Air itu kemudiannya disalurkan ke LRA untuk menjalani proses rawatan selanjutnya sebelum diagihkan kepada pengguna, katanya.
Menurutnya Selangor telah mengguna pakai idea TAPS sejak 2008 di Bestari Jaya yang menjadikan bekas lombong sebagai kolam tadahan air untuk menyokong aliran Sungai Selangor yang menerima pelepasan air dari empangan Sungai Tinggi dan Empangan Sungai Selangor.
"Di sinilah kerajaan negeri lain perlu menggunakan cara yang sama. Kita mesti faham bukan sungai saja penting tetapi empangan juga penting dalam memastikan kelangsungan sumber bekalan air," katanya.
Santiago berkata laporan itu juga mengenal pasti 16 daripada 55 empangan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan berusia lebih 50 tahun.
"Bagi empangan tersebut, kajian semula reka bentuk dan keselamatan empangan serta kaiian terhadap simpanan aktif serta simpanan mati perlu dijalankan kerana maklumat reka bentuk asal telah mengalami perubahan yang ketara," katanya.
SPAN adalah badan kawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Charles Anthony Santiago menunjukkan buku laporan pemantauan empangan bekalan air 2022 ketika sidang media mengenai Pelaporan Situasi Empangan Bekalan Air di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara hari ini. --fotoBERNAMA
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan balai polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang sabtu
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.
RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM
Peruntukan itu turut melibatkan pembinaan dua loji rawatan air baharu.
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.
RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB
LRA itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan.
Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Susulan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa LRA SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini
Jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas.
Gangguan air: Kerja penyenggaraan capai 83.9 peratus, dijangka siap malam ini
Menurut Air Selangor, setakat jam 5 petang, kerja-kerja masih giat dijalankan dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang malam ini.